Ampunkan aku ya Allah!
Assalaamualaikum semua.
Pertama kali dapat melihat Masjidil Haram, masjid terbesar didunia, bibir tak
henti-henti bertakbir, bertahmid. Allahuakbar! Allahuakbar! Alhamdulillah!
Alhamdulillah! Dengan izin-Nya dapat diri ini menjejakkan kaki ke Baitullah
ini.
Sebaik sahaja melihat Kaabah, hati ini sekali lagi meruntun sedih, sayu, gembira, air mata tak dapat ditahan-tahan lagi. Kagum melihat keindahan Baitullah. Tak percaya, sungguh tak percaya Kaabah berada didepan mata. Allahuakbar! Ketika itu hanya mengharapkan Allah swt mengampunkan semua dosa yang telah saya lakukan. “Sesungguhnya kita adalah pendosa yang ingin ke Syurga!”
Berada di bumi Mekah ibarat manusia kerdil yang berlumba-lumba ingin memberikan ibadah terbaik kepada-Nya. Berhimpit-himpit dan berlanggar dalam jutaan manusia semasa tawaf, sesungguhnya amat mengajar erti kesabaran setulusnya. Alhamdulillah! Kota Mekah berjaya mendidik hati ini sentiasa berfikiran dan bersangka yang baik-baik sahaja.
Comments
Post a Comment