Assalaamualaika yaa Rasulullah!




Assalaamu’alaikum semua. Saya mendoakan semoga semua yang membaca blog ini dilimpahkan rezeki, diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah al-Mukarramah. Selesai menunaikan ibadah umrah di Kota Suci Mekah, kini saya berada di bumi Madinah. Sebaik sahaja melihat Masjid Nabawi, hati sangat tenang, gembira, sayu, dan yang pasti sangat kagum melihat keindahan Masjid Nabawi. Subhanallah! MaashaaAllah! Cantiknya Masjid Nabi. Solat dan beribadah di dalam Masjid Nabawi ini bersamaan 10 000 kali ganda pahalanya.



Ada masa dan ketikanya seakan tak percaya bahawa saya telah berada di bumi Madinah al-Munawwarah. Berada di makam junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Berpeluang masuk, solat sunat dan berdoa di Raudhah, salah satu dari taman-taman Syurga.
Sebenarnya ketika berada di bumi Madinah, terasa dekat sangat dengan baginda Rasulullah s.a.w. Rasa cinta kepada baginda sangat luar biasa. Ditambah lagi dengan penceritaan sejarag perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda oleh mutawwif yang mengiringi kami.

Ada waktu dan ketikanya sehingga menitiskan air mata, Ya Allah, besar sungguh perjuangan baginda, sehinggakan pada penghujung sakaratul maut , baginda masih menyebut “Ummati, Ummati, Ummati…” (Umatku, Umatku, Umatku…). Allahu Allah! Sesungguhnya bumi Madinah mengajar saya erti cinta dan kasih sebenar kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah swt. Memupuk rasa kasih dan saying kepada para sahabat dalam memperjuang dan mempertahankan agama Islam.
Walaupun hati terasa amat sedih, menangis ketika Ziarah Wida’ (mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w), pada masa yang sama telah tertanam dalam hati… “Allah, jemputku kembali menjadi tetamu Allah swt dan juga tetamu Rasulullah s.a.w”. InshaaAllah, suatu hari nanti pasti ku jejak kembali ke bumi Mekah dan Madinah ini semula.

Comments

Popular Posts