PRU14! Sejarah Malaysia Tercipta
Assalaamu’alaikum , Salam
Sejahtera kepada semua. PRU kali ini adalah kali ke-2 saya menunaikan
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, bergelar pengundi. Walau bagaimanapun,
saya tidak pernah merasai pengalaman ‘jari dicelup’ dengan dakwat pilihan raya
kerana dikategorikan sebagai ‘pengundi pos’ (petugas media). Tak mengapalah
janji hak dan tanggunjawab sebagai rakyat
Malaysia dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya. Undi apa? Undi adalah
‘RAHSIA’.
Lima tahun lepas, ketika
PRU13 (2013) pertama kali saya bertugas untuk liputan PRU13. Pada PRU14 lepas,
sekali lagi saya menggalas tugas sebagai pelapor liputan PRU14 (dikonti
Nasionalfm). Banyak pengalaman dan ilmu berharga yang saya peroleh walaupun
ilmu tentang politik negara masih berada pada tahap sederhana. Pengalaman
inilah yang mendewasakan kita. “Success is walking from failure to failure with
no loss of enthusiasm” – Sir Winston Churchill #SayangiMalaysiaku
Comments
Post a Comment