Tsunami YB Muda – Syed Saddiq Syed Abd Rahman
Assalaamu’alaikum semua.
Masih terasa lagi bahang kehangatan PRU14 pada 9 Mei lepas yang menyaksikan
tumbangnya kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan BN serta komponen-komponen
parti yang telah berjaya memerintah negara lebih 60 tahun. Secara realitinya
rakyat sudah pun memilih kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir dan
menerajui negara Malaysia 5 tahun akan datang.
Namun, disebalik warna-warni
PRU14 yang dah pun berlalu, seluruh negara menyaksikan kebangkitan ‘anak muda’
yang turut mewarnai corak kepimpinan negara yang baharu. Nama YB Syed Saddiq
Syed Abd Rahman kini menjadi sebutan! Mana tidaknya, dengan penampilan yang
‘smart and brilliant’ nama YB Ahli Parlimen Muar ini terus terukir
dibibir-bibir anak muda masa kini.
Sesuatu yang boleh
dibanggakan kerana YB Saddiq adalah ‘YB Pertama’ yang datang ke konti Nasionalfm,
RTM setelah kerajaan PH menerajui negara. Beliau juga ‘YB Pertama’ yang saya
temuramah menerusi slot khas ‘Aura @ Nasionalfm’. Tidak dinafikan YB Saddiq
mempunyai dan memiliki ‘aura’ yang tersendiri. Bukan setakat ‘smart and
brilliant’ tetapi lebih dari itu. Sangat santai dan tiada istilah ‘protokol’.
Tahniah, YB! Selamat Berkhidmat untuk rakyat, YB! #YouthPower #MuoMutiaraJohor
Comments
Post a Comment